suria

Guru, Lisa Surihani #StandTogether Tangani Buli

PETALING JAYA: Seramai 30 guru dan pengetua bertuah dari selatan tanah air berpeluang untuk bersua dengan aktres popular, Lisa Surihani, sempena Kempen Kebaikan Nasional menerusi program #StandTogether, pada Ahad ini.

Lisa yang juga jurucakap Unicef akan menyampaikan ucapan menerusi program eksklusif di Sekolah Kebangsaan Kota Dalam, Johor, mengenai cara membina persekitaran sekolah yang lebih baik.

"Program ini bukan fokus terhadap buli sahaja, tetapi lebih kepada bagaimana untuk memberi penyelesaian kepada masalah iaitu dengan mempromosikan kebaikan.

"Kita mahu tanam sifat kebaikan dalam diri pelajar dan saya gembira kempen ini diperluas ke seluruh negara," ujar Lisa.

Acara berkenaan yang akan dimulakan pada jam 10 pagi akan menampilkan sesi soal jawab bersama Lisa dan bekas pengarah besar Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin.

Mana-mana guru yang mahu menyertai acara ini boleh menghantar email ke [email protected]. Permohonan akan dibuka sehingga 2 Mac ini.

Kempen #StandTogether diperkenalkan oleh R.AGE dan pembangun hartanah, SP Setia bagi menangani kes buli yang semakin meruncing sejak tahun lalu.

Matlamat utama program berkenaan adalah untuk menganjurkan Minggu Kebaikan Nasional di semua sekolah bermula April ini.

Dalam pada itu, inisiatif berkenaan telah dimulakan di sekolah anak angkat SP Setia, SK Kota Dalam.

"SP Setia mahu program ini diperluas, sebab itu kita bekerjasama dengan R.AGE dan The Star.

"Kami rasa ini cara yang tepat. Kita tak boleh hukum pembuli tetapi perlu gunakan kebaikan untuk menanganinya," kata pengerusi SP Setia, Wan Zahid.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain