suria

Jeritan Wanita Kejutkan Orang Awam Untuk Kejar Peragut

KOTA KINABALU: Seorang peragut ditangkap oleh orang awam di tengah pusat beli-belah di Luyang di sini.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata, suspek berusia 28 tahun itu membukan pintu sisi penumpang seorang pemandu wanita berusia 38 tahun dan meragut beg tangannya di belakang kompleks City Mall pada pukul 8.30 malam Isnin.

Suspek kemudiannya masuk ke kereta sendiri dan cuba untuk melarikan diri.

Namun, Chandra berkata, orang awam yang terdengar jeritan mangsa cuba menghalang suspek daripada melarikan diri.

Antara orang awam yang menyelamatkan ialah seorang pembantu teknik teknologi maklumat, James Yim berusia 32 tahun yang dilanggar oleh suspek dalam cubaan melarikan diri.

Suspek akhirnya berputus asa dan polis menahannya sebaik tiba di lokasi kejadian.

Chandra berkata, mangsa wanita terbabit tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Melalui gambar yang dimuat naik di Facebook, sebilah parang turut dilihat disimpan di dalam kereta suspek yang merupakan orang tempatan.

Kata beliau, kes disiasat sebagai rompakan dan memiliki senjata berbahaya di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Suspek turut memiliki dua nombor plat kenderaan berbeza.

Chandra mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu pihak polis menangkap mangsa.

ragut

Artikel Sebelum

Artikel Lain