suria

Kecoh Penumpang Bogel Dalam Penerbangan KL-Dhaka

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan semasa penerbangan Malindo dari Kuala Lumpur ke Dhaka pada Sabtu kerana tidak berpakaian dan menyerang seorang pramugari.

Insiden berlaku dalam penerbangan OD162 pada Sabtu.

Lelaki berusia 20 tahun yang dikatakan pelajar dari sebuah universiti di Cyberjaya didakwa melakukan masturbasi di tempat duduk sambil menonton pornografi menerusi komputer ribanya.

Beberapa saksi mendakwa lelaki tersebut juga berjalan ke tandas dalam keadaan tidak berpakaian, selain turut membuang air kecil di tempat duduknya.

Seorang saksi turut memberitahu lelaki itu mula bersikap agresif apabila diberitahu supaya memakai pakaian, sebelum menyerang seorang pramugari.

Berikutan keadaan di luar kawalan, lelaki itu ditahan oleh penumpang lain di pesawat dengan mengikat tangannya menggunakan kain.

Beberapa gambar lelaki yang tidak berpakaian itu tersebar di media sosial termasuk aplikasi mudah alih WhatsApp.

Menurut syarikat penerbangan itu, penumpang berkenaan dibawa oleh pasukan keselamatan Dhaka semasa ketibaan sebelum ditahan.

"Berkenaan dengan insiden seorang penumpang yang mencetuskan gangguan dalam penerbangan OD162 ke Dhaka pada 3 Mac, anak kapal telah mengikuti prosedur operasi standard untuk menahan penumpang bagi mengelakkan sebarang gangguan terus berlaku terhadap kru dan penumpang.

"Kami akan terus memastikan penumpang menaiki penerbangan dengan lancar," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook syarikat itu. 

Malindo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain