suria

AirAsia Nafi Tony Fernandes Letak Jawatan

Tony Fernandes.

KUALA LUMPUR: AirAsia menafikan sekeras-kerasnya berita mengenai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Group dan CEO Kumpulan Bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan meletak jawatan untuk memasuki sektor teknologi kewangan (FinTech).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan tambang rendah itu menasihatkan orang ramai dan pihak media untuk mengabaikan paparan skrin berita CNN yang berjudul “Tony Fernandes Leaves Air Asia, Jumps On Financial Tech” (Tony Fernandes Tinggalkan Air Asia, Sertai Teknologi Kewangan), yang tersebar di media sosial.

Ia berkata, Fernandes tetap komited kepada AirAsia dan akan terus menyelia hala tuju strategik dan operasi perniagaannya.

Terdahulu, Fernandes menulis di laman sosial: "Terdapat banyak penipuan mengenai saya. Ini adalah berita palsu terbaik. 

"Realitinya adalah masih terlalu jauh sebelum saya meninggalkan AirAsia, dan AirAsia membuat pelaburan besar dalam Fintech. Ada beberapa aset yang sangat bernilai bakal tiba."

AirAsia, Tony Fernandes

Artikel Berikut

Artikel Lain