suria

Lesap RM590,000 lepas terima panggilan 'pegawai kesihatan'

Gambar hiasan.

SEORANG wanita berusia 65 tahun di Sibu, Sarawak ditipu sebanyak RM590,000 oleh seorang pemanggil yang memperdaya mangsa bahawa dia sudah melakukan feloni, lapor Sin Chew Daily.

Mangsa menerima panggilan pada pukul 10 pagi Khamis dari seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai kesihatan.

Suspek memberitahu bahawa identiti mangsa telah digunakan untuk mendapatkan pil tidur dari hospital-hospital di Sibu dan Miri dan dia juga disyaki melakukan penggubahan wang haram.

Mangsa kemudiannya diminta membayar jumlah wang untuk "menyelesaikan kesalahannya".

Setelah menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena selepas melakukan transaksi bank, wanita itu bertindak membuat laporan polis.

panggilan palsu

Artikel Lain