suria

Mahkamah gantung keputusan RoS, PPBM tetap guna logo PKR

PETALING JAYA: Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan tetap menggunakan simbol PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun mahkamah telah menggantung arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membubarkan sementara pendaftaran parti itu, kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata dengan keputusan mahkamah itu, PPBM kini bebas untuk meneruskan perjuangan.

"Untuk PRU14, aturan yang dipersetujui adalah menggunakan logo tunggal iaitu PKR dan keputusan mahkamah hari ini tidak mengubah persiapan kita," katanya dalam sidang media di pejabat PPBM, di sini Isnin.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggantung keputusan RoS sehingga permohonan semakan kehakiman difailkan parti itu diputuskan oleh mahkamah.

PRU14 akan diadakan pada 9 Mei ini.

-Bernama
logo PKR, RoS, Muhyiddin, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain