PETALING JAYA: Selepas mengundang kontroversi kerana meninggalkan anak-anak di rumah orang lain untuk didedahkan dengan cara hidup susah, nampaknya ada berita baik buat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Kini, ketiga-tiga anak jutawan itu, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6, akan lebih berdikari dengan membuat kerja rumah tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah semata-mata. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri ‘tinggal’ anak ajar hidup susah Menurut Aliff di laman sosial Instagramnya pada Selasa malam, beliau membaca setiap komen positif dan negatif susulan video-video dirinya mahu mengajar anaknya supaya hidup susah, baru-baru ini. “Saya akur sebab setiap ibu bapa ada cara didikan anak dia sendiri... setuju tak? “Selepas kejadian tempoh hari... Baem Adham (Ibraheem), Ammar Ahyan dan Qadejah akan basuh toilet sendiri, mandi sendiri, makan dengan banyak, basuh pinggan sendiri dan bangun jam 7 pagi tanpa perlu digerak lebih dua kali,” katanya. A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on May 1, 2018 at 6:23am PDT Selain itu, terdapat 'perjanjian' yang harus dipersetujui anak-anak Aliff sebagaimana yang dipaparkan dalam program realitinya, Oh! Abang Kosmetik, di mana antaranya tiga beradik itu perlu bersiap lebih awal untuk ke kelas mengaji dan perlu terus mandi sekiranya terlewat balik dari sekolah. Pada Ahad malam lalu, Aliff memuat naik dua video di akaun Instagramnya, menunjukkan ketiga-tiga anaknya dihantar ke sebuah rumah, dipercayai selama seminggu untuk belajar bagaimana hidup susah dan berdikari. Menerusi dua video tersebut, kelihatan anak bongsu Aliff, Baem menangis kerana ditinggalkan oleh usahawan itu dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya. Walaupun hanya kedengaran Baem menangis, namun dua lagi anak pasangan itu, Ammar dan Qadejah turut dilihat bersedih. Aliff dan Nur Shahida bersama tiga anak mereka. Foto instagram aliffsyukriterlajaklaris Dua video tersebut mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan itu keterlaluan untuk mengajar anak yang masih kecil, tetapi Alif kemudian memberi penjelasan mengenai sebab beliau berbuat demikian. “Kenapa saya hantar sebab nak mereka belajar hidup berdikari, pandai makan dan basuh pinggan, pandai kemas katil, pandai urus diri. “Di rumah saya semua kerja diuruskan oleh pembantu rumah... siap dengan pemandu, pengawal peribadi, tukang kebun. Jadi, dia (anak-anak) tak rasa susah macam saya rasa,” katanya. Sehubungan itu Aliff berharap tindakannya itu tidak dibuat perbandingan kerana setiap ibu bapa mempunyai cara mereka masing-masing dalam mendidik anak.