suria

Kaunter IC semua ibu pejabat JPN dibuka 9 Mei

KUALA LUMPUR: Kaunter bahagian Kad Pengenalan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya dan ibu pejabat JPN negeri di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa pada Rabu, 9 Mei 2018.

Menurut kenyataan JPN pada Rabu, waktu operasi pada hari tersebut adalah bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-88807077 atau e-mel ke [email protected]. untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14. - BERNAMA

JPN, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain