suria

Banyak 'Tun M', 'Anwar' muncul di medan selera

Tze Tzin dan Saifuddin bersama kumpulan berkempen yang memakai topeng 'Dr Mahathir' dan 'Anwar' di sebuah medan selera di Pulau Pinang pada Jumaat.

GEORGE TOWN: Pengunjung medan selera Bayan Baru dekat sini pada waktu makan tengah hari dikejutkan dengan kemunculan "Tun Dr Mahathir Mohamad" dan "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang mendekati mereka berkempen supaya mengundi Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar topeng yang dipakai oleh para penyokong Pakatan Harapan semasa membuat lawatan di kawasan itu.

Sim Tze Tzin yang bertanding di kerusi parlimen Bayan Baru atas tiket PKR berkata, topeng tersebut dibuat di sini dengan kos kira-kira RM2 sekeping.

"Saya buat sejumlah topeng untuk penyokong Pakatan pakai di kawasan saya. Kita akan buat lebih banyak sekiranya perlu," katanya.

Beliau berkata, ia adalah salah satu cara untuk memancing sokongan undi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang gambar-gambar Dr Mahathir dan Anwar dipaparkan di sepanduk kempen mereka.

Turut hadir adalah Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang bertanding di kerusi DUN Pantai Jerejak, serta Datuk Abdul Halim Hussain dan A. Kumaresan, masing-masing bertanding di kerusi DUN Batu Maung dan Batu Uban.

Muhammad Bakhtiar Wan Chik, yang bertanding di kerusi parlimen Balik Pulau turut kelihatan. 

Dr Mahathir, Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Lain