suria

Berselipar, seluar pendek tak ada masalah buang undi

IPOH: Beberapa orang lelaki yan gmemakai seluar pendek dan selipar tidak berdepan dengan sebarang masalah ketika membuang undi.

Pengundi-pengudni yang berpakaian itu dilihat keluar dari pusat mengundi SK La Salle dengan jari berdakwat.

Seorang lelaki yang tidak mahu dikenali memberitahu, tidak timbul sebarang isu ketika proses membuang undi dibuat.

"Saya hanya diberitahu untuk beratur dan tunggu giliran," jelasnya.

Sekolah tersebut untuk pengundi bagi kawasan Parlimen Ipoh Timur.

Calon Barisan Nasionl Kathleen Wong Mei Yin berdepan dengan Wong Kah Woh dari Pakatan Harapan bagi  merebut kerusi Parlimen.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memberitahu pihaknya  tidak pernah menetapkan etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat, bagi pengundi ke pusat pengundian.

Seluar pendek, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan