PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 94 tahun mengundi buat kali ke-14 pada pilihan raya umum kali ini. Bernama melaporkan warga emas, Che Don Abdul Rahman menunaikan tanggungjawab itu di SK Titi Gajah, Alor Setar pada pagi Rabu. Che Don mengundi buat pertama kalinya ketika berusia 35 tahun pada pilihan raya umum negara yang julung kali diadakan pada 1959.