suria

Warga emas meninggal dunia di pusat mengundi

PETALING JAYA: Seorang warga emas yang sedang beratur menunggu giliran  membuang undi tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia.

Lor Voon Chor, 78, berada di pusat pengundian SMK (P) Taman Petaling sebelum dia pengsan sekitar pukul 9.30 pagi.

Lor, yang menggunakan tongkat berjalan kaki, ditemani isteri dan anaknya ke tempat mengundi.

"Seorang anggota polis di tempat kejadian memanggil 999 untuk bantuan dan pasukan perubatan tiba dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Isteri dan anak-anak si mati memberitahu, beliau menderita masalah jantung dan paru-paru dan juga diabetes," kata Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Warga emas, meninggal dunia, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain