suria

Pengundi teriak 'Sila Beratur'!

SERI KEMBANGAN: Situasi bertukar tegang dekat pusat pengundian di Balai Mesyuarat Taman Bukit Serdang, Seksyen 5 dekat sini apabila terdapat pengundi cuba memotong barisan.

Pengundi yang sudah beratur sejak awal pagi lagi di pusat pengundian itu kedengaran menjerit 'Sila Beratur'.

Malah situasi menjadi semakin tegang kira-kira pukul 10 pagi apabila sekumpulan individu di depan pintu pagar mencuba nasib untuk memotong barisan sepanjang 1 kilometer.

Dua pengundi yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan kekecohan itu.

Salah seorang pengundi itu, Brandan Tan, 25, berkata dia terpaksa masuk campur kerana situasi menjadi tidak terkawal.

"Kami beritahu orang ramai supaya beratur dan mereka tidak patut potong barisan sementara menunggu giliran mereka tiba," katanya.

Seorang pengundi, Lam Pui Yee, 33, berkata dia terdengar pengundi lain mengadu terpaksa beratur panjang selama berjam-jam yang dikhuatiri akan menjejaskan semangat untuk mengundi.

Pusat pengundian itu mempunyai 6,800 pengundi berdaftar.

PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain