suria

Pasangan kembar teruja mengundi

Adidah (kanan) and Misliyah menunjukkan jari berdakwat mereka.

KUALA SELANGOR: Pasangan kembar, Adidah dan Misliyah Ibrahim, 53, keluar mengundi pada setiap pilihan raya umum sejak menjadi pemilih berdaftar dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini tiada bezanya.

Adik-beradik itu membuang undi sebelum tengah hari di Sekolah Rendah Agama Kampung Api-Api dekat sini.

"Saya memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi," kata Adidah yang juga kakak kepada Misliyah.

Kita rakyat Malaysia. Adalah penting untuk kita menunaikan tanggungjawab turun mengundi," katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim tiba di sekolah sama untuk mengundi kira-kira pukul 9.45 pagi.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Sushilayanti Sumadi.

Kehadiran pengundi di sekolah tersebut agak ramai pada sebelah pagi dengan ada di antara mereka beratur sehingga ke pintu pagar sekolah.

kembar, PRU14

Artikel Lain