suria

Penjaga stor tak dapat mengundi, maklumat peribadi bertindih

GEORGE TOWN: Seorang penjaga stor berusia 41 tahun telah membuat laporan polis selepas mendapati  namanya telah dipotong daripada senarai pengundi di pusat pengundian.

Goh Por Cheong, pengundi kali ketiga di Air Putih, berkata dia tidak dapat mengundi kerana senarai itu menunjukkan bahawa dia telah membuag undi di SRJKC Kong Min Pusat.

"Saya tunjukkan kedua-dua tangan saya yang tidak ada tanda dakwat kepada pegawai bertugas untuk membuktikan saya belum mengundi.

"Bagaimana pun, mereka beritahu tak dapat keluarkan kertas undi untuk saya kerana namanya telah dipotong (dari senarai)" katanya di pusat khidmat DAP Air Putih, Rabu (9 Mei).

Dia mengesyaki bahawa butiran peribadi hilang ketika rumahnya terbakar baru-baru ini.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyiasat perkara ini kerana seseorang boleh menggunakan identiti Goh untuk membuat undi.

"Ia menafikan haknya sebagai warganegara," katanya.

Nama bertindih

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain