suria

Tun M dakwa PH tawan Putrajaya

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mahu mengeluarkan keputusan pilihan raya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa pegawai SPR enggan menandatangani Borang 14 yang diperlukan untuk mengeluarkan keputusan itu.

"Ini adalah perkara yang sangat serius, bukan berita palsu, tetapi anda tidak boleh bawa saya ke mahkamah kerana mengatakannya," katanya pada sidang media di Hotel Sheraton di sini, Rabu malam.

Beliau mendakwa keputusan itu perlu dilakukan sekarang dan pembangkang sudah memenangi lebih 112 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

"Kita kelihatan telah mencapai sasaran itu dan jumlah yang BN peroleh jauh lebih sedikit daripada kita. Mereka tak dapat kejar," katanya.

Dr Mahathir juga mendakwa mereka telah menawan enam negeri iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Pakatan Harapan, SPR, Dr Mahathir

Artikel Sebelum

Rendang Diva AA tetap on!

Artikel Berikut

Artikel Lain