suria

Nazri lawat Najib di Taman Duta

Kenderaan yang membawa bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang masuk ke kediaman peribadi Najib, pagi Khamis.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz dilihat menaiki kereta BMW hitam memasuki kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta d sini pada Khamis.

Pada mulanya, cermin kereta yang gelap menyebabkan individu di dalamnya tidak dapat dikenal pasti.

Namun, polis yang membenarkan kenderaan itu masuk ke perkarangan kawasan berkenaan pada 12.40 tengah hari itu telah mengenal pasti individu di dalamnya adalah bekas menteri pelancongan dan kebudayaan itu.

Sebuah lagi kereta, didakwa dipandu oleh setiausaha Datin Seri Rosmah Mansor turut kelihatan memasuki kawasan itu.

Petugas media yang berada di situ turut memerhatikan kenderaan yang keluar masuk ke kawasan rumah bekas perdana menteri itu.

Pasukan polis dipercayai masih lagi menggeledah kediaman Najib sejak Rabu malam.

Pada pukul 4 pagi Khamis, peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu media telah menemui pihak media bagi memaklumkan mengenai serbuan itu.

"Tiada dokumen diambil, hanya barangan peribadi sahaja termasuk beg tangan," kata Harpal.

Tiada dakwaan dimaklumkan, namun Harpal percaya ia mungkin berkaitan Akta Penggubahan Wang Haram.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pihak polis menggeladah lima premis yang dimiliki dan dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

Dipercayai tindakan polis menggeledah itu melibatkan rumah Najib di Taman Duta, Sri Perdana serta dua lokasi di Pavillion KL dan Pejabat Perdana Menteri.

Nazri, Najib

Artikel Lain