suria

Raja Gula tabik Tun M

PUTRAJAYA: Ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Robert Kuok secara spontan memberi 'tabik hormat' kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah menyelamatkan negara ini.

Menerusi video pendek yang dimuat naik di laman Facebook Kelab Chedet, Kuok didengar berkata; "Saya tabik. Anda telah selamatkan negara ini. Tentunya dengan bantuan Daim," merujuk kepada Tun Daim Zainuddin yang juga anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Dr Mahathir terus membalas ringkas, "Ya, tapi kami perlukan bantuan anda sekarang."

Hartawan berusia 94 tahun itu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di Perdana Putra, di sini.

Pertemuan itu adalah yang pertama sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Barisan Nasional pada PRU14.

Kuok telah dinamakan sebagai lima anggota CEP pada 12 Mei lalu.

Beberapa gambar Kuok berpegangan tangan dan memeluk Daim telah tular di media sosial, malahan mendapat liputan media tempatan.

Majlis berkenaan yang diketuai Daim yang juga bekas menteri kewangan, turut dianggotai bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican dan pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.

Kuok, Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain