suria

Bekas CEO AirAsia X cedera dilanggar kereta

Azran Osman Rani. Foto FAIHAN GHANI/The Star

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X Berhad, Azran Osman Rani cedera selepas dilanggar sebuah kereta dipandu oleh seorang pelajar ketika mengayuh  basikal di Jalan Duta, di sini Ahad.

Dalam kemalangan pukul 8.55 pagi itu, Azran Osman, 47, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun yang ketika itu berada di lorong kiri menuju Jalan Kuching telah mengubah haluan dengan masuk ke susur kiri menghala ke Damansara.

“Pelajar berkenaan tidak perasan basikal mangsa berada di hadapan sebelum terlanggar pada bahagian belakang basikal tersebut. Pelanggaran itu menyebabkan, mangsa tercampak ke atas jalan raya," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan berbahaya. - Bernama

Azran Osman Rani

Artikel Berikut

Artikel Lain