suria

Kerajaan batal projek HSR, laluan MRT 3

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk mengurangkan pinjaman negara dengan membatalkan projek-projek mega yang menelan kos berbilion ringgit seperti projek Kereta Api Berkelakuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Laluan 3 Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek-projek itu akan memerlukan pembiayaan yang amat besar sekiranya diteruskan kerana pinjaman negara telahpun tinggi.

"Sekiranya negara mahu mengelak daripada bankrap, kita perlu belajar bagaimana untuk menguruskan hutang kita yang besar dan salah satu caranya adalah menghentikan projek-projek yang tidak memberi manfaat kepada kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di sini, Rabu.

Dr Mahathir berkata kabinet bersetuju membatalkan projek HSR memandangkan implikasi kewangannya yang tinggi, namuk tertakluk kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura.

Apabila ditanya sama ada kerajaan akan menimbang balik keputusan itu sekiranya kerajaan Singapura boleh membuktikan projek ini akan memberi faedah kepada Malaysia, beliau berkata:“Kami akan mendengar penerangan mereka. Mereka adalah rakan kita yang baik.”

Perdana Menteri berkata satu taklimat penuh akan diadakan esok untuk memberitahu cara-cara Kementerian Kewangan mengawal kos pentadbiran negara. - BERNAMA

MRT 3, HSR, Tun M

Artikel Lain