suria

Hukuman penjara suri rumah dera amah ditangguh

PUTRAJAYA: Seorang suri rumah yang menjadi tajuk berita selepas beliau mengaku salah terhadap pertuduhan mencederakan pembantu rumahnya pada Rabu diberikan penangguhan menjalani hukuman penjara lapan tahun dan dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dan dua penjamin sementara menunggu rayuannya diputuskan.

Rozita Mohamad Ali, 44, sebelum ini ditahan di penjara Kajang selama kira-kira dua bulan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 Mac tahun ini menolak permohonannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu pendengaran rayuan terhadap hukumannya itu di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim pada Rabu membenarkan permohonan Rozita bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjaranya itu.

Hakim Ahmadi yang mengetuai panel itu memerintahkan dokumen perjalanannya diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis Damansara Utama setiap dua minggu.

Rozita, yang memakai tudung hitam dan baju kurun hijau dibawa ke mahkamah dengan diiringi wardar penjara. - BERNAMA

suri rumah, kes dera, pembantu rumah

Artikel Berikut

Artikel Lain