suria

PM umum bonus hari ini

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pemberian bonus Aidilfitri bagi kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini akan diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Itu (bonus raya penjawat awam) mungkin diumumkan oleh PM esok (hari ini) ...lebih baik tunggu keputusan esok (hari ini),” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Tokong Buddha Maha Vihara di Brickfields di sini, Selasa.

Dr Mahathir dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini.

Semalam, Dr Mahathir berkata kerajaan akan memberikan bonus kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri tetapi belum menetapkan bayarannya.

Sambutan Hari Wesak di tokong itu disertai lebih 5,000 penganut Buddha. - BERNAMA

bonus, Tun M

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan