suria

Ahmad Said tanding Naib Presiden Umno

Ahmad Said.

KEMAMAN: Bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu, 30 Jun ini.

Adun Kijal itu yang lebih dikenali sebagai Mat Said membuat pengumuman untuk merebut jawatan itu selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman, awal pagi Jumaat.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Mat Said sebagai Ketua Bahagian Umno Bahagian Kemaman berakhir kira-kira pukul 1.30 pagi.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Timbalan Ketuanya yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini turut mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden.

Pemilihan Umno kali ini menyaksikan semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden bakal dipertandingkan.

Keputusan semua jawatan tertinggi parti dipertandingkan dibuat susulan kekalahan teruk Umno dan BN pada PRU14, 9 Mei lalu sehingga tampuk pemerintahan negara dirampas Pakatan Harapan (Harapan) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pendaftaran pencalonan untuk pemilihan parti bagi semua jawatan bermula 1 Jun lalu.

Beliau berkata, pemilihan kali ini dilaksanakan melalui konsep terbuka tanpa perlu melalui pihak lain. - Sinar Harian

Ahmad Said, Naib Presiden Umno

Artikel Sebelum

Sirul Azhar akan pulang!

Artikel Berikut

Artikel Lain