suria

Malaysia buka semula kedutaan di Korea Utara

PETALING JAYA: Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Pyongyang dan mungkin mewujudkan semula hubungan dengan Korea Utara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ya, kita akan buka semula kedutaan itu," kata Perdana Menteri dalam satu temu bual bersama Nikkei Asian Review yang disiarkan pada Isnin.

Pada Selasa, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berjabat tangan dan tersenyum ketika memulakan pertemuan bersejarah hari ini, beberapa bulan selepas saling berperang lisan dan ancaman perang nuklear.

Menyentuh mengenai Sidang Kemuncak AS- Korea Utara, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak harus meragui keikhlasan Korea Utara dalam rundingannya dengan AS kerana syak wasangka akan menghalang kerjasama itu.

"Kita harus mengambilnya sebagai tulen, dan cuba mewujudkan hubungan baik termasuk hubungan perdagangan dengan Korea Utara," katanya.

Beliau memberitahu media Jepun bahawa Korea Utara ada hak untuk melindungi beberapa kepentingannya sama seperti AS.

Dr Mahathir Mohamad berkata tiada ketegangan di rantau ini jika Korea Utara berjanji meninggalkan senjata nuklear.

"Pyongyang tidak boleh membazirkan wang dalam gerak isyarat perang seolah-olah ia akan berperang. Ia membelanjakan terlalu banyak wang kepada angkatan bersenjata kerana takut kepada rakyat AS dan Korea Selatan," kata Dr Mahathir.

Kedutaan Korea Utara, Tun M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain