suria

Singapura disangka dalam Malaysia

PETALING JAYA: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mungkin menyangka bahawa Singapura masih sebahagian dari Malaysia.

Dalam transkrip taklimat akhbar oleh Setiausaha Negara Mike Pompeo yang disiarkan di laman rasmi jabatan itu pada Isnin, nama tempat ditulis sebagai 'JW Marriott, Singapura, Malaysia'.

Sehingga pukul 1.45 petang Selasa, kesilapan itu masih belum diperbetulkan.

Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un menghadiri sidang kemuncak berkepentingan tinggi di Singapura, Selasa.

Singapura bergabung dengan Malaya dan dua negeri Borneo untuk membentuk kesatuan baharu, Malaysia di bawah Perjanjian Malaysia pada tahun 1962.

Bagaimanapun, Singapura keluar pada tahun 1965 untuk membentuk Republik Singapura yang merdeka.

Pemilihan Singapura sebagai lokasi pertemuan antara Trump dan Kim telah dilihat sebagai detik membanggakan untuk republik itu.

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia