suria

Mangsa mercun hilang jari telunjuk

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki hilang jari telunjuk sebelah kanan akibat terkena mercun bola ketika bermain bersama adiknya di rumah mereka di Malim Nawar, petang Selasa.

Ketika kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa berusia sembilan tahun cuba untuk menghidupkan mercun berkenaan sebelum secara tiba-tiba meletup di tangan.

Keadaan itu menyebabkan tapak tangan mangsa melecur dengan satu jari hancur.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Selasa malam.

Nenek mangsa berkata, mercun berkenaan ditemui cucunya dari kawasan belukar berhampiran rumah.

Katanya, murid tahun tiga itu bermain bersama adiknya berusia enam tahun tanpa pengetahuan ahli keluarga lain.

“Kejadian hanya disedari apabila dengar jeritan mereka, alhamdulillah selepas jalani pembedahan keadaannya semakin stabil, satu jari telunjuk terpaksa dipotong,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu. - SinarHarian
jari telunjuk, Malimnawar

Artikel Lain