suria

Pemuda maut tertembak ketika berburu

KUCHING: Seorang pemuda maut, dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan rakannya, ketika berburu di kawasan hutan Sg. Engkelut di Pakan, Sarikei pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata kejadian berlaku selepas suspek berusia 36 tahun itu berpecah daripada mangsa yang berusia 25 tahun untuk berburu dan telah melepaskan tembakan selepas menyangka mangsa adalah haiwan buruan.

"Kira-kira dalam waktu tengah hari, suspek dipercayai tertembak si mati kerana menyangka mangsa adalah babi hutan, ketika mendekati mangsa, suspek mendapati ia adalah rakannya.

"Dengan bantuan orang kampung yang berdekatan, si mati dibawa ke rumah panjang manakala suspek ke balai berdekatan untuk membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. - Bernama

berburu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Najwa tak balik raya!

Artikel Lain