suria

Mahkamah tolak permohonan reman Siti Kasim

Siti Kasim.

KAJANG: Mahkamah Majistret Kajang menolak permohonan polis bagi perintah reman terhadap peguam dan aktivis, Siti Kasim.

Pendaftar, Sharifah Fadzilah Zolkifli menjalankan kuasa majistret dan menolak reman dalam prosiding pada Ahad.

Siti Kasim bakal dibebaskan dari balai polis Semenyih.

Pada awalnya, polis memohon reman terhadap Siti Kasim selama empat hari.

Peguam yang mewakili Siti Kasim, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, prosiding mengambil masa satu jam dan 15 minit.

"Kita anggap tiada asas oleh pihak polis untuk reman itu. Itulah sebabnya," katanya yang mengetuai 12 peguam yang mewakili Siti Kasim.

Pada pagi Ahad, Siti Kasim dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang dalam pakaian lokap dengan tangan bergari dan diiringi lima anggota polis.

Polis menahan Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim pada Sabtu malam kerana dipercayai menghalang tugas penjawat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor. Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, peguam itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada pukul 12.40 malam susulan laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya berusia 24 tahun dilarikan oleh Siti Kassim pada Khamis lepas.

Siti Kassim dikatakan melarikan anaknya ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri oleh doktor di Hospital Kajang.

Siti Kasim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain