suria

Speaker DUN Selangor yang baharu fasih ngomong Jowo

Ng Suee Lim.

SHAH ALAM: Suasana persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin berubah dengan pelantikan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim selaku Speaker yang baharu.

Mana tidaknya, wakil rakyat DAP berbangsa Cina itu dikenali sebagai seorang yang boleh berbahasa Jawa dengan fasih.

Malahan, bekas Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh yang menyambut baik pelantikan rakannya itu turut memaklumkan mengenai perkara itu menerusi Twitternya.

Majlis angkat sumpah jawatan yang disandang Suee Lim diadakan pada sidang pertama penggal baharu DUN Selangor, pagi Selasa.

Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut menerusi Twitternya mengucapkan tahniah kepada Suee Lim.

"Tahniah kepada Speaker DUN Selangor yang baharu YB Sekinchan @ngsueelim. Beliau pandai berbahasa Jawa," kata Yeoh.

Kehebatan Suee Lim dalam menguasai bahasa itu turut dikagumi pengguna Twitter.

@AzianaTeh berkata:"Hebat gile bahasa jawa YB Ng."

@chefquerashid berkata:"Semangat anyar wong jowo YB!!".

Kemahiran berbahasa Jawa Suee Lim semasa berceramah turut pernah dimuat naik di laman YouTube beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Adun Paya Jaras (PKR) Khairuddin Othman pula mengangkat sumpah sebagai timbalan speaker.

Suee Lim berkhidmat sebagai wakil rakyat selama empat penggal, manakala ini adalah penggal kedua bagi Khairuddin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain