suria

Harga eVisa India untuk rakyat Malaysia naik 60 peratus

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang melancong ke India menggunakan visa pelancong mungkin terkejut melihat kenaikan caj visa yang ketara.

EVisa India meningkat daripada RM200 kepada RM320, dan sah selama empat bulan.

Harga eVisa baru telah dilaksanakan sejak 25 Jun.

Visa biasa pula kini berharga RM462.56 (tidak termasuk caj perkhidmatan) dan sah selama satu tahun.

Visa untuk enam bulan yang berharga RM194.56 kini telah dibatalkan.

Ahli Exco Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) untuk pasaran India, Gopalan Mariappan berkata kenaikan harga kemungkinan akan mengurangkan jumlah rakyat Malaysia terbang ke India.

"Pemansuhan visa enam bulan yang lebih murah akan menjadikan rakyat Malaysia berfikir dua kali. Perbelanjaan RM320 atau RM462.56 untuk visa pelancong adalah sangat mahal," katanya.

"Kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa selama lima hingga tujuh hari di India, dan mereka biasanya melawat negara itu sekali setahun. Jadi jumlah yang terpaksa dibayar mereka mungkin tidak berbaloi," kata Gopalan.

Sementara ity, Pengarah Agensi Pelancongan Herritage G, S. Gokilan berkata kenaikan harga akan menjadi beban kepada pelancong.

"Ini akan memberi kesan kepada kaum India Malaysia yang datang ke India untuk menunaikan upacara keagamaan atau melawat keluarga mereka," katanya.

India, eVisa

Artikel Lain