suria

Dakwaan guna dana yayasan, SPRM panggil bekas TPM

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Ia berkaitan dengan dakwaan penyelewengan wang sebuah yayasan.

Ahmad Zahid merupakan pengerusi yayasan tersebut.

Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

SPRM dipercayai berjaya mengesan beberapa dokumen yang mencatat maklumat transaksi pembayaran untuk diri dan isteri pemimpin itu.

Penyalahgunaan wang yayasan tersebut bermula pada 2014 lagi.

Pada 2014 dan 2015 beliau didakwa menyalah guna kira-kira RM800,000 dan pada 2016 pula kira-kira RM55,000 untuk isterinya.

Ahmad Zahid, SPRM

Artikel Lain