suria

Richard Malanjum angkat sumpah jadi Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR: Tan Sri Richard Malanjum pada malam Rabu mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa serta merta.

Richard, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tommy Thomas, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Richard, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang  mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.

Malanjum dilahirkan pada Oktober 1952 di Tuaran, Sabah di mana beliau memulakan persekolahannya di peringkat rendah dan menengah di Kota Kinabalu, Sabah. - Bernama

Richard Malanjum

Artikel Sebelum

Suri hati Duda Idaman Malaya

Artikel Lain