suria

KJ, Anifah perlu jawab

Najib di lobi Parlimen pada Isnin. Foto AZMAN GHANI/The Star

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan tindakan mereka kekal di dalam Dewan Rakyat kepada parti.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berganjak dari Dewan Rakyat, ini jawab KJ, Anifah

Najib berkata, tindakan Khairy dan Anifah yang tidak selari dengan pimpinan Umno lain harus diberikan penjelasan.

"Tindakan Khairy dan Anifah yang enggan keluar dewan bersama Ahli Parlimen Umno yang lain akan diputuskan oleh parti.

"Biar Umno yang putuskan tindakan terhadap mereka berdua, walau apa pun keputusannya Khairy dan Anifah perlu jelaskan kepada parti sebab mengapa mereka bertindak sedemikian," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Pada Isnin, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila kesemua Ahli Parlimen BN yang lain keluar dewan bersama Ahli Parlimen Pas sebagai tanda protes proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Mereka berdua tidak mengendahkan desakan pemimpin Umno lain yang keluar Dewan Rakyat. - Sinar Harian


Khairy Jamaluddin, Anifah Aman

Artikel Berikut

Artikel Lain