suria

Titah Agong “jangan lari” gamatkan Dewan Rakyat

PETALING JAYA: "Ahli-ahli yang berhormat, sila duduk dan jangan lari," demikian titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Titah yang dilafazkan baginda sebaik duduk telah mencetuskan suasana gamat di Dewan Rakyat apabila menegur agar tiada ahli Parlimen bertindak sedemikian pada sesi persidangan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang berlangsung pada Selasa.

Teguran Agong itu ternyata mengejutkan semua pihak, malahan semua wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan dan juga pembangkang masing-masing tidak kering gusi seketika dengan gelagat baginda.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari pertama di Parlimen, MP pembangkang keluar dewan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Yang KJ tahu, ke Parlimen buat kerja...”

Selepas baginda selesai bertitah dan diumumkan untuk keluar dewan, rata-rata Ahli Parlimen PH secara berseloroh menjerit "jangan lari" sambil disusuli gelak tawa.

Anifah (kiri) dan Khairy menundukkan kepala ketika ahli Parlimen BN dan PAS keluar Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada Isnin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa anggota Barisan Nasional (BN) serta PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Bagaimanapun, dua lagi ahli Parlimen BN dari Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Kimanis iaitu Datuk Seri Anifah Aman dilihat kekal idak berganjak dari kerusi mereka.

Terdahulu, baginda berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang cukup signifikan kerana buat pertama kali dalam sejarah menyaksikan Malaysia dipimpin kerajaan baharu, Pakatan Harapan.

Memetik laporan Bernama, mesyuarat ini juga melakar sejarah tersendiri kerana ini merupakan kali kedua Yang di-Pertuan Agong merasmikan istiadat pembukaan penggal Parlimen dalam tahun sama.

Dewan Rakyat

Artikel Lain