suria

Pendakwah kena ‘block’, permohonan maaf Safiey dianggap main-main

Amin (kiri) menggesa Safiey memadam semua gambar dan video yang berunsur kewanitaan di laman sosialnya.

PETALING JAYA: Nampaknya, permohonanan maaf oleh usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illias seakan tiada makna selagi gambar-gambarnya yang berpakaian menyerupai wanita tidak dipadam di laman sosial.

Pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, kenyataan maaf tersebut dianggap seperti main-main selagi video dan gambar yang berunsur wanita, pondan dan transgender masih dipaparkan di laman sosial Safiey.

Amin mendakwa bahawa akaun Instagramnya telah disekat oleh usahawan tersebut membuatkannya tidak dapat melihat kemas kini terbaharu oleh Safiey.

ARTIKEL BERKAITAN: Video kontroversi: Safiey Illias mohon maaf, janji tak akan cemar imej agama

"Saya dah kena sekat dengan Safiey, jadi saya tak dapat tengok Instagram dia sekarang.

"Saya harap tuntutan kita yang ketiga untuk dia padam video dan gambar pondan telah dilaksanakan.

"Barulah kita menerima dan faham kenyataan maaf itu," katanya menerusi posting yang dimuat naik pada Selasa.

Posting dimuat naik oleh Amin pada Selasa yang ditujukan kepada Safiey Illias.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan usahawan kosmetik tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung video kontroversi membabitkan dirinya yang tular di media sosial.

Safiey berkata, beliau memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terutama pengikut laman sosialnya yang beragama Islam dan seluruh rakyat Malaysia.

Pemilik nama sebenar Mohd Saifuddin Ilias ini turut berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya yang mengganggu sensitiviti masyarakat dan mencemarkan agama Islam.

Antara gambar Safiey bersama rakan pada majlis terbuka Aidilfitri bersama anak yatim dan pelajar tahfiz.

Setakat ini, tinjauan mStar Online pada akaun Instagram usahawan kosmetik itu, @safieyillias94 mendapati Safiey masih tidak memadam kesemua gambarnya yang mengenakan pakaian wanita termasuk yang digayakan rakan-rakannya.

Kontroversi yang mengaitkan Safiey dan Amin timbul selepas video pengasas produk kecantikan itu tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan aksi seorang penyanyi ‘wanita’ yang berkelakuan tidak sopan kepada seorang tetamu lelaki yang dirakam pada majlis pelancaran produknya, Sabtu malam.

Acara kurang sopan itu berlaku selepas majlis terbuka Aidilfitri anjuran Safiey yang dihadiri kira-kira 200 anak yatim dan pelajar tahfiz pada sebelah petang.

Open House Safiey Ilyas . Jemput beratus anak yatim . Jemput pelajar tahfiz . Tapi ada acara laga tetek kat kepala tetamu . Ya Rabb !! Selamatkan Kami Ya Allah !!.. . Jangan lacurkan anak yatim dan anak tahfiz . Jangan gunakan mereka sebagai bahan istinjak untuk membuang najis yang kau buat . Mereka bukan bahan istinjak . Memang lah bila dijemput mereka akan datang , tapi apa kejadah nya ada benda benda ni ?.. . Sebab itu dengan posting ini dapat menjawab ‘ Kenapa PU Amin tak datang ke Open House Safiey Iliyas ? ‘.. . Biar korang benci aku , ini cara aku menyampaikan kebenaran . Kang aku buat video korang kata aku macam budak dadah punya bahasa , so aku tulis je ni. Kata Quran : Batil akan hancur dengan kebenaran ! . Petang jemput anak yatim anak tahfiz , malam pulak maksiat bermula ! Gila !.. . Ada satu lagi , Sekarang jadi trend gila gila . Buat bisnes tak fikir halal haram . Cara promosi tak fikir halal haram . Last last buat doa selamat , kenduri kendara panggil anak yatim , panggil budak tahfiz . Fuhh mudah nya kau nak tipu malaikat ?? Check Mate Bro ! #Boikot #Boikot #Boikot #Transgender #Boikot2Jantina #BoikotHaram #JulangHalal

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Artikel Sebelum

"Saya masih setia"

Artikel Berikut

Artikel Lain