suria

Guru ditahan disyaki cabul budak 10 tahun

PETALING JAYA: Polis membuat penahanan berhubung kes cabul membabitkan seorang guru dan kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penahan tersebut dibuat pada Rabu.

"Polis membuat penahanan di kawasan Ampang (dekat Kuala Lumpur) awal hari ini," katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.

Kes tersebut menjadi perhatian menerusi satu status di Facebook pada Selasa, yang mendakwa insiden berlaku di sebuah sekolah sekitar Ampang pada Mei lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain