suria

Wartawan penyiaran calon DAP di PRK Balakong

PETALING JAYA: DAP dijangka mempertaruhkan wartawan penyiaran Tan Yunn Chzuan atau lebih dikenali dengan nama Yunna Tan sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Sumber mengesahkan kepada The Star pada Jumaat bahawa wanita berusia 33 tahun itu akan bertanding pada hari pengundian 8 September ini.

Tan, seorang wartawan di Astro AEC juga merupakan influencer media sosial dengan lebih 81,000 pengikut di Facebooknya.

Menurut sumber, Tan juga dijangka meletak jawatan dari Astro AEC untuk fokus pada kempen PRK DUN Balakong.

Usaha untuk menghubunginya bagi mengesahkan perkara itu belum berhasil.

Kerusi DUN Balakong kosong susulan kematian penyandangnya Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lalu.

PRK Balakong, Yunna Tan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain