suria

Bomba kejar lembu terlepas masuk kilang

SHAH ALAM: Orang ramai di sini dan Subang Jaya pada Selasa digemparkan dengan aksi mengejar lembu oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata lembu berkenaan dipercayai terlepas daripada kawalan tuannya dan kemudian merayau masuk ke sebuah kilang di Seksyen 15 di sini.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 1.26 tengah hari tadi yang memberitahu ada seekor lembu telah merayau memasuki kilang berkenaan.

"Anggota kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk sampai ke lokasi berkenaan dan ketika anggota kami cuba menangkap lembu itu, ia telah melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer sehingga ke stesen minyak berhampiran dengan sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya," katanya.

Menurut Alimaddia pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan berkenaan dan menyerahkan ia kepada pemiliknya pada kira-kira 5 petang. - BERNAMA

lembu, Bomba

Artikel Lain