suria

Pengasuh kepada bayi 4 bulan tak sedarkan diri dalam jagaan direman 7 hari

Gambar hiasan.

SEREMBAN: Seorang pengasuh berumur 23 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung seorang bayi lelaki empat bulan, Muhammad Ummar Zayyan Mohamad Haikal Hafiz, yang tidak sedarkan diri ketika dalam jagaannya.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, permohonan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Haryatie Mohd Saini.

“Ia bagi membolehkan pihak polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, wanita itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Seremban pada pukul 8.45 malam.

Media sebelum ini melaporkan ibu kepada Muhammad Ummar Zayyan, Zura Emilia Mokhtar berkata, anaknya yang masih belum sedarkan diri kini sedang dirawat di Pusat Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dekat sini.

Doktor yang merawat mengesahkan anaknya mengalami pendarahan dalam otak dan mata serta diberi bantuan pernafasan. - Bernama

pengasuh

Artikel Sebelum

Artikel Lain