suria

Sanggup buat iklan cari 'wanita payung', lelaki tak kisah jika dia isteri orang

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai "Gan" yang membuat iklan di sebuah akhar untuk mencari 'wanita payung' yang ditemuinya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mei lalu tidak kisah jika individu itu berstatus isteri orang.

Gan berkata dia hanya mahu berkawan dengan wanita tersebut kerana yakin dia wanita yang baik.

Menurutnya, ia adalah tanggapan pertama dan terakhir dirinya terhadap wanita itu yang ditemuinya ketika sedang menunggu giliran untuk mengundi pada 9 Mei lalu.

"Saya tidak kisah sama ada dia berkahwin atau tidak, saya hanya mahu bertemu dengannya semula dan berkawan atau mungkin kami boleh jadi kawan yang dianggap seperti keluarga sendiri," kata Gan kepada The Star pada Khamis.

Gan berkata dia belum menerima sebarang panggilan daripada wanita itu meskipun iklan sudah dibuat sejak Rabu lalu.

"Saya masih belum putus asa," katanya.

Gan berkata dia enggan mendedahkan identitinya kepada umum kerana tidak mahu dipermainkan individu lain.

Dia juga berkata dia bimbang dengan scammer.

"Saya yakin wanita itu akan tahu jika saya bercerita mengenainya. Itu lebih penting," katanya.

Gan juga terkejut dan berterima kasih kepada netizen yang berkongsi berita dia sedang mencari wanita tersebut.

"Saya terharu dengan bantuan dan perkongsian netizen selepas iklan itu tular di media sosial," katanya.

Gan, wanita payung

Artikel Lain