KUALA LUMPUR: Tasik Titiwangsa akan ditutup selama setahun bermula 1 September bagi kerja-kerja naik taraf yang menjadi sebahagian daripada projek River of Life. Menurut kenyataan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), taman yang popular itu mula ditutup secara berperingkat sejak 14 Mei tahun ni. "Penutupan itu membolehkan kerja-kerja naik taraf kemudahan untuk keselesaan pengunjung pada masa akan datang. "Pada 1 September, Tasik Titiwangsa akan ditutup sepenuhnya kecuali laluan untuk berjogging," tambah kenyataan itu sambil mengingatkan agar orang awam menjaga keselamatan masing-masing di kawasan tersebut. Taman berkenaan dijangka dibuka semula pada November 2019. Projek River of Life dilaksanakan untuk mengubah Sungai Klang kepada kawasan air yang vibrant (bersemangat) dan liveable (sesuai didiami), tapi pada masa sama memiliki nilai ekonomi yang tinggi. Projek sepanjang 110 kilometer itu adalah Projek Titik Masuk yang dikenal pasti dalam kawasan ekonomi utama negara Greater Kuala Lumpur' di bawah Program Transformasi Negara. - The Star