suria

"Saya tahu apa rasa miskin, membesar di kawasan setinggan" - Halimey

PETALING JAYA:"Ya, saya budak tempatan, saya dibesarkan di kawasan setinggan - jadi apa?."

Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Seri Setia, Halimey Abu Bakar kelihatan menagis ketika sidang media yang diadakan sebagai tindak balas kepada calon PAS, Dr Halimah Ali yang menolak moto kempen 'budak tempatan' Halimey sebagai ketinggalan zaman.

"Saya tahu apa rasanya miskin. Saya seorang anak lelaki penjaja di pasar malam. Saya masih ingat masa ayah saya hanya berjaya mengumpul RM20 sepanjang hari ketika menjual makanan.

"Sekarang giliran saya untuk membantu kejiranan saya, dan rakyat saya," ujarnya.

Halimey memberitahu dia sedih dengan kata-kata Dr Halimah, dan menyeru bekas Adun Selat Kelang untuk berhenti menyerangnya dengan cara ini.

Halimey kemudian mempersoalkan kepada Dr Halimah, apa yang telah dibuat oleh calon berusia 58 tahun itu untuk pengundi Seri Setia, sambil membuat perbandingan dengan sumbangannya sendiri semasa beliau menjadi ahli majlis Petaling Jaya.

"Apabila saya menjadi ahli majlis, saya banyak membantu dan  menyediakan kemudahan untuk rakyat Seri Setia.

"Dr Halimah bukanlah pengundi Seri Setia, dia tidak menyumbang apa-apa di kawasan ini," katanya.

Halimey juga menyeru agar PAS berhenti menyerangnya mengenai perdebatan yang sepatutnya berlangsung antara dia dan Dr Halimah di Astro Awani.

"Berhenti mainkan isu perdebatan. Pertama, saya tidak pernah menerima jemputan rasmi dari Astro, dan jemputan itu hanya melalui mesej WhatsApp yang dihantar oleh NGO yang tidak berdaftar," katanya.

Halimey menambah bahawa dia tidak mempunyai masa untuk menangani perkara-perkara seperti kerana ia mempunyai jadual penuh pada minggu terakhir ini untuk berkempen bagi Pilihan Raya kecil Seri Setia, yang akan berlangsung pada hari Sabtu (8 Sept).

"Jadi, saya meminta (PAS) untuk menghentikan semua jenis serangan terhadap saya, seperti pengecut dan pondan," katanya.

Pada  Rabu , Dr Halimah berkata beliau sentiasa bersedia untuk berdepan dengan Halimey, yang merupakan calon kali pertama, dalam perbahasan secara langsung.

Dia juga telah mengesahkan sudah menerima jemputan rasmi dari Astro Awani dan turut memberitahu  bahawa Halimey mungkin calon Pakatan yang takut untuk berdebat.Pilihan raya kecil Seri Setia diadakan berikutan kematian penyandang Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat  kanser pada 2 Ogos.

Seri Setia mempunyai 52,650 penduduk selaku pengundi berdaftar.

Halimey, budak setinggan

Artikel Lain