suria

Pasangan dakwa digigit pepijat dalam pawagam, GSC jamin pembersihan segera

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Golden Screen Cinemas (GSC) memberitahu ia telah mengambil tindakan segera untuk menjalankan perkhidmatan kawalan perosak bagi pawagamnya selepas satu pasangan mendakwa mereka digigit pepijat di salah sebuah dewan pawagamnya.

Pengendali pawagam itu berkata, ia menerima laporan mengenai kejadian di GSC Mid Valley Megamall membabitkan pasangan yang digigit pepijat semasa menonton filem di pawagamnya.

"Pengalaman mereka telah banyak dikongsi di media sosial, dan kami ingin memberi penjelasan susulan laporan mereka.

"Sejak laporan itu, kami cuba menjejaki pasangan tersebut, Pei En dan Damien, dan menawarkan untuk membayar balik kos perubatan mereka," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di halaman Facebook syarikat itu, Sabtu.

Tambah GSC, langkah pemulihan segera lain adalah melaksanakan perkhidmatan kawalan serangga untuk membersihkan semua tempat duduk di dalam dewan.

"Rawatan khas dijalankan di dalam dewan yang terjejas malam tadi, dan pemeriksaan khas akan dilakukan di dewan-dewan lain.

"Kita juga akan terus memantau keadaan dengan teliti.

"GSC menghargai kebersihan. Semua dewan akan diperiksa menerusi perkhidmatan kawalan serangga setiap bulan," menurut syarikat itu.

GSC

Artikel Berikut

Artikel Lain