suria

SPRM jelas kenapa Najib tidak pakai baju warna jingga

Azam Baki. Foto: Bernama

PETALING JAYA: Pakaian berwarna jingga dipakai atau tidak oleh tahanan terpulang kepada budi bicara pegawai penyiasat dan ianya tidak wajib, jelas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

SPRM juga menafikan wujud layanan istimewa yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak apabila bekas perdana menteri itu tidak dipakaikan baju jingga dan digari ketika dibawa ke mahkamah.

"Datuk Seri Najib bukan satu-satunya kes yang kita kendali di mana yang ditahan tidak dipakaikan baju jingga dan tidak digari. Sebelum ini pun sudah ada.

"Biasanya, pegawai yang mengendalikan akan melihat jika ada orang yang ditahan itu boleh membawa kemudaratan seperti melarikan diri atau membuat kecoh, maka dia perlu digari dan dipakaikan baju jingga itu," jelasnya ketika ditemu ramah dalam program SPRM 360 di Bernama Radio, pada Sabtu.

Bagaimanapun, ada juga yang terpaksa memakai baju jingga, seperti Datuk Seri Shafie Apdal, ketika dipimpin secara terbuka ke mahkamah majistret pada 23 Oktober tahun lalu untuk pertuduhan.

Pada hari Khamis, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 25 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Mahkamah membenarkan Najib dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3.5 juta, dibayar secara berperingkat pada 28 September.

Baju jingga, Najib Razak, SPRM

Artikel Sebelum

Zahid tak pedulikan Umno?

Artikel Lain