suria

"Peliknya, dia tak hubungi saya semalam" - Bapa mangsa

Othman Surati menanti kepulangan jenazah anaknya Adnan, di perkarangan rumah di Taman Jaya Lukut, Port Dickson, Khamis. -fotoBERNAMA

PORT DICKSON: Adnan Othman, salah seorang daripada enam anggota bomba yang lemas ketika cuba menyelamatkan seorang remaja terjatuh di sebuah lombong dekat Puchong malam tadi melakukan kunjungan mengejut ke kediaman ibu bapanya semasa ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40 pada pada Sabtu.

Adnan, 33, merupakan seorang anak yang taat dan sentiasa berhubung dengan ibu bapanya.

Bapanya, Othman Surati, 69, berkata Adnan menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana dia berasa kagum dengan pasukan beruniform itu sejak muda.

Adnan Othman

“Dia anak yang taat… amat taat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Jaya, Lukut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular posting terakhir mangsa: "Apa pilihan kita? Tiada... yang pasti tetap mati"

Dalam kejadian pukul 9 malam Rabu, kesemua enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM itu lemas selepas bergelut dalam pusaran air deras.

Othman berkata Adnan akan menghubunginya sebelum pergi melaksanakan misi menyelamat.

“Saya sentiasa beritahu dia supaya berhati-hati setiap kali dia hubungi saya tetapi peliknya, dia tidak hubungi saya semalam,” katanya.

Othman berkata dia mengetahui tragedi menimpa Adnan selepas dimaklumkan oleh anak saudaranya yang bekerja di stesen Teluk Kemang.

“Pada awalnya sukar bagi saya dan isteri untuk mempercayainya tetapi selepas menghubungi pejabatnya, kami dimaklumkan mengenai tragedi itu,” katanya.

Adnan Othman, bomba

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan