suria

Najib, Irwan Serigar tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah.

Najib dan Irwan berdepan enam pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM6.6 bilion manakala Hasanah pula berdepan satu pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah USD12.1juta atau RM49 bilion.

Pertuduhan ke atas ketiga-tiga mereka didengar dihadapan hakim Azman Ahmad.

Irwan Serigar dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada kira-kira pukul 7.37 pagi ini menaiki kereta Hyundai berwarna hitam dalam konvoi tujuh kereta yang keluar dari ibu pejabat SPRM yang didahului oleh kenderaan polis.

Konvoi berkenaan diiringi polis trafik.

Irwan Serigar tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pukul 8.15 pagi.

Kenderaan yang membawa Irwan Serigar tiba di perkarangan mahkamah pukul 8.15 pagi.

Manakala Najib kelihatan tiba pada pukul 8.20 pagi.

Najib, Mohd Irwan dan Hasanah didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Najib, Irwan Serihgar, Hasanah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain