suria

SPRM geledah kediaman Irwan Serigar

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah kembali ke rumahnya di Presint 8 di sini, dipercayai bagi mengambil dokumen.

Kenderaan pelbagai guna dinaiki pasukan lima pegawai SPRM bersama-sama Mohd Irwan Siregar tiba di kediaman itu pada kira-kira 4.30 petang Rabu.

Mereka dilihat keluar dari kediaman itu kira-kira 15 minit kemudian bersama-sama Mohd Irwan Siregar yang dibawa semula ke ibu pejabat SPRM.

Ketika keluar dari rumah berkenaan, pegawai SPRM dilihat membawa satu beg bimbit dan dua pasang kot milik dipercayai milik Mohd Irwan Siregar.

Sedikit kekecohan berlaku apabila kehadiran wartawan dan jurugambar di luar kediaman untuk merakam kehadiran SPRM  itu dihalang oleh anggota keluarga Mohd Irwan Serigar yang turut meminta agar visual dan gambar yang dirakam dipadamkan.

Sebelum itu pada kira-kira 3.30 petang, Mohd Irwan Siregar dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi melengkapkan proses akhir siasatan.

Menurut kenyataan SPRM, Mohd Irwan Siregar dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa esok berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia. - Bernama

Irwan Serigar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain