suria

Patah tulang rusuk terjatuh pokok petai

Gambar hiasan.

SEREMBAN: Seorang lelaki Orang Asli patah tulang rusuk kiri selepas terjatuh ketika sedang memanjat pokok petai pada ketinggian 31 meter.

Lebih teruk lagi, mangsa kemudiannya tercampak ke dalam gaung sedalam 100 meter dalam kejadian di Hutan Simpan Petaseh, dekat sini Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang PPGB Mohd Afandi Mansor berkata kejadian itu berlaku pukul pukul 1.43 tengah hari dan jentera bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

Beliau berkata bomba tiba di lokasi pukul 2.07 petang dan mendapati mangsa, Ahmad Firdaus Abdullah, 38, dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 100 meter.

Difahamkan mangsa sedang memanjat pokok petai bersama dua lagi rakannya apabila dia tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh dari pokok dan berguling jatuh ke dalam gaung berhampiran pokok berkenaan.

Mohd Afandi berkata mangsa kemudiannya diselamatkan anggota bomba dan dihantar ke hospital Kuala Pilah dengan ambulans. - BERNAMA

petai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain