suria

Wanita disyaki jual barangan tiruan bebas setelah empat bulan ditahan di Singapura

Paparan skrin perkongsian mengenai pembebasan itu.

SINGAPURA: Tular seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di Singapura sejak 1 Jun lalu, disyaki menjual barang tiruan.

Nur Sabrina Ahmad sedang mengandung dikatakan tidak boleh pulang termasuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di negara ini.

Bagaimanapun, segala keperitan dan kesedihan itu berakhir apabila Khamis, perbicaraan kes Nur Sabrina di State Court Singapore, dia hanya perlu membayar saman dan tidak dipenjarakan.

Perkongsian perkembangan terkini telah dikongsi di Facebook Siti Nuraini Salim, memberitahu Nur Sabrina dibebaskan setelah membayar saman dikenakan oleh pihak berkuasa negara itu.

"Alhamdulillah, semuanya telah berakhir, syukur hanya perlu membayar saman dan tidak perlu dipenjara. Buat masa sekarang, Sabrina masih menunggu proses dokumentasi untuk pulang ke Malaysia.

"Nur Sabrina disabit dua kesalahan menjual barangan tiruan kasut berjenama antarabangsa di bawah trademark act," katanya.

Menurutnya, turut menasihatkan kepada orang ramai agar mengambil iktibar dari insiden tersebut.

"Kes ini memberi pengajaran buat kita, memang tidak berbaloi berurus niaga atau menjual barang tiruan. Carilah keberkatan dalam setiap apa yang kita usahakan.

"Terima kasih untuk semua rakyat Singapura mahupun Malaysia kerana prihatin menderma menampung perbelanjaan Nur Sabrina dari segi makanan, minuman, perubatan, kewangan dan sokongan moral. Semoga Sabrina selamat kembali ke tanah air dan bersalin dengan selamat," katanya.

Dalam pada itu, Siti Nuraini turut menzahirkan ribuan terima kasih kepada netizen atas usaha membantu Nur Sabrina kembali ke tanah air sekaligus berakhir amanahnya di sini.-Sinar Harian.

Nur Sabrina Ahmad

Artikel Lain