suria

Prabu sampai pesanan penting sebelum dihukum mati

PETALING JAYA: Sorang rakyat Malaysia, Prabu Pathmanathan menyampaikan pesanan penting sebelum menjalani hukuman mati kerana mengedar dadah di Singapura.

Prabu,31, menyampaikan pesanan supaya 'jangan terlibat dengan dadah' dan mesej itu trelah dikongsi di Facebook oleh 'We Believe in Second Chances' bersama lima keping gambarnya yang diambil sebelum jalani hukuman mati di Penjara Changi pada Jumaat.

Menurut posting tersebut, Prabu  menyampaikan pesanan itu kepada kawan serta abangnya yang menjadi pelawat terakhir.

Prabu kelihatan tenang, tersenyum dengan memakai baju-T berwarna biru dan lilitan putih di kepalanya.

Prabu mahu mahu semua gambar dikongsi supaya masyarakat tahu kisah dirinya.

Di Singapura, banduan yang akan menjalani hukuman mati dibenarkan menukar pakaian seragam kepada pakaian biasa untuk mengambil gambar dan gambar itu akan diserahkan kepada keluarga.

Prabu dihukum mati atas kesalahan berkaitan dadah pada 31 Disember 2014.

Prabu, hukuman mati

Artikel Sebelum

Artikel Lain